TLC: 'Fun Photo' (Siri I)
15 April 2015 | Aktiviti TerkiniProgram ini dijalankan bersama Tadika Lagenda Cemerlang (TLC) sepanjang tahun 2015. Program ICT telah menjadi salah satu subjek di dalam P&P tadika. Program ini telah berlangsung pada 14 April 2015 di bilik latihan Pusat Internet Putrajaya Presint 9 Fasa 10. Kelas ini telah dihadiri oleh 10 orang murid- murid yang berusia 6 tahun. Kelas ini telah dikendalikan oleh Pengurus PI.Tujuan kelas ini adalah untuk melatih murid- murid untuk menyunting gambar yang diperoleh di Google dengan menggunakan perisian Photoscape. Murid- murid didedahkan dengan setiap kegunaan butang yang ada. Murid- murid ditugaskan untuk menyunting gambar Upin & Ipin mengikut langkah- langkah yang ditunjukkan oleh Pengurus PI. Hasil kerja perlu disimpan di desktop.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: